Selamat Datang ke Sistem Aduan ICT HTAA
  LAMAN UTAMA     PANDUAN PENGGUNA     HUBUNGI KAMI  
   


Pengadu aduan ICT hendaklah terdiri daripada kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Cara membuat Aduan Online:

1. Klik pautan Aduan Online pada Menu Utama di Laman Utama yang telah disediakan.
2. Masukkan maklumat aduan di ruangan yang telah disediakan:
    - Ruangan yang bertanda (*) adalah wajib diisi. Bagi aduan yang melibatkan peralatan, pengguna dikehendaki memasukkan No. Siri Alat.
    - No. Siri Alat/No. Pendaftaran Aset - [ lihat contoh ]
3. Klik butang Hantar.

Aduan akan terus direkod ke dalam sistem dan akan diambil tindakan oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Jenis-jenis aduan yang boleh ditolak :
1. Aduan yang tidak betul
2. Aduan yang tidak berkaitan dengan ICT
3. Permohonan baru peralatan ICT
4. Permohonan baru sistem aplikasi
5. Permohonan baru sambungan rangkaian
6. Aduan yang bertentangan dengan dasar dan Dasar Keselamatan ICT
7. Pengadu tidak dapat dihubungi

Status aduan boleh disemak menerusi menu Semakan Status Aduan dari semasa ke semasa.

Muat turun [ Manual Pengguna ] di sini sebagai rujukan.

Kembali ke [ Laman Utama ]

PENAFIAN:
         Pihak Unit Teknologi Maklumat HTAA tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.


Hak Cipta Terpelihara © 2022 Unit Teknologi Maklumat Hospital Tengku Ampuan Afzan
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explorer 5.0 ke atas (1024 x 768 piksel)